KisahRemaja.com

:: Tips :: Panduan :: Idea


Pertunangan Norman & Memey Dapat Restu

MENGAMBIL keputusan untuk melangkah ke satu tahap dalam hidup, pasangan kekasih Norman Hakim dan Memey Suhaiza sudah mendapat restu keluarga masing-masing untuk mengadakan majlis pertunangan pada Hari Raya keempat nanti.

Menurut mereka perancangan untuk mengadakan majlis pertunangan sudah dibuat sejak tahun lalu lagi tetapi kesibukan mereka membataskan hasrat tersebut.

Malah tarikh yang dipilih untuk majlis pertunangan mereka iaitu pada Hari Raya ke empat juga telah di setelah mendapat persetujuan dari pihak keluarga masing-masing.

“Selepas berjumpa dengan keluarga Memey pada minggu pertama puasa, kami berbincang dan bersetuju untuk melangsungkan pertunangan pada Hari Raya ke empat.

“Begitu juga keluarga dan anak-anak saya, mereka mahu ia dilakukan pada cuti persekolahan,” kata Norman.

Tambah Norman, keluarganya juga sudah menyediakan jadual yang rapi pada hari pertunangan tersebut bagi memastikan rombongan peminangan berjalan lancar.

“Kami masing-masing sibuk dengan penggambaran. Pihak keluarga yang banyak mainkan peranan untuk memastikan majlis ini berjalan lancar.

“Mengikut perancangan, kami akan mengadakan majlis doa selamat terlebih dahului sebelum bertolak ke rumah Memey di Mersing, Johor dan akan bermalam di sana,” ujar Norman yang ingin majlis tersebut berjalan dalam keadaan sederhana dan teratur.

Dalam pada itu, Norman yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby Abadi sebelum ini mengakui berdebar untuk melaluinya buat kali kedua pengalaman itu. Malah kata Norman, pengalaman pertama dahulu banyak mengajarnya untuk membina sebuah keluarga lebih sempurna.

“Debaran lebih kepada saya kerana pengalaman terdahulu banyak mengajar saya, terutamanya dari segi membuat keputusan. Jika mempunyai masalah dalam keluarga kita perlu selesaikannya dahulu kerana sebuah institusi rumah tangga itu penting. Jika tidak diselesaikan segera ia akan beri kesan kepada kerja,” tambahnya.

Sementara itu, Norman turut memberitahu kes khalwat yang masih lagi berjalan tidak menjejaskan perancangan mereka bagi mendirikan rumah tangga.

“Perjalanan kes itu masih panjang tapi ia tidak beri kesan kepada perancangan kami untuk mendirikan rumah tangga. Kami ambil keputusan untuk bertunang kerana sudah bersedia bukan sebab desakan atau tekanan dari mana-mana pihak,” ujarnya.

Memey yang turut berada di sisi Norman ketika ditemui pada satu majlis berbuka puasa juga menzahirkan perasaan gembira yang bercampur baur.

“Sebagai perempuan tentulah saya rasa gembira, takut, tak sabar dan macam-macam lagi. Bila saya dah buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, keutamaan saya tentu kepada keluarga dan anak-anak. Kerjaya akan jadi nombor dua,” jelasnya yang bakal mengayakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail pada majlis pertunangan tersebut.

/// mstaronline ///

Comments

Rumah tangga Zahnita pula bergoyang?


ZAHNITA bersama suami, Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghafur serta anak perempuan mereka, Zahra.


KATA orang tua-tua, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Baru-baru ini angin timur daripada seorang teman yang sudah kurus sedikit sebab berpuasa membawa perkhabaran.

Katanya dia bukan sengaja mahu mereka-reka cerita. Tetapi dia mendapat tahu bahawa rumah tangga selebriti yang juga model popular, Zahnita yang cantik itu sedang dilanda badai.

Perkahwinan yang dibina bersama Abd. Zackery Abd. Ghafur, 33, khabarnya sedang berdepan dengan masalah.

Diva teringatkan anak Zahnita yang comel itu, si Zahra Feena yang rasanya baru masuk tiga tahun.

Kata teman Diva, antara sebab Zahnita kini dilihat sangat aktif dalam bidang peragaan dan komersial adalah disebabkan kepincangan rumah tangganya itu.

Bersungguh-sungguh Zahnita mahu membaik pulih masalah besar yang mereka hadapi itu.

Sejauh mana kebenarannya, Diva tidak pasti. Harap empunya badan boleh merungkaikan masalah dengan tenang.

Diva juga doakan semoga rumah tangga mereka kembali pulih dan ambillah berkat bulan Ramadan ini untuk menjernihkan suasana yang mungkin keruh sedikit.

Diva:Kadangkala pokok bergoyang bukan kerana angin tetapi haiwan yang ada di atasnya. Betul ke?

// kosmo //

Comments

Kekasih baru Nora Danish


GAMBAR-GAMBAR Nora Danish bersama lelaki bernama Shahrul yang didakwa sebagai teman lelakinya ketika ini.


HILANG panas kisah Jejai dan Fasha Sandha mengaku sedang intim menyintai antara satu sama lain, timbul pula kisah janda Jejai, Nora Danish.

Pelakon kecil molek itu heboh dikatakan sedang mengulit cinta dengan seorang jejaka tampan, anak Datuk yang berasal dari Kelantan.

Hendak kata sahih, Diva tidak berani cakap tapi melihatkan gambar-gambar kemesraan Nora dengan jejaka yang dikenali sebagai Shahrul itu, mereka sememangnya seolah-olah ada hubungan yang sangat akrab.

Nora pula ketika diterjah teman media dalam satu acara berbuka puasa di ibu negara baru-baru ini mengaku dia dan si Shahrul yang dimaksudkan itu sedang mengenali hati budi masing-masing. Mereka baru dua bulan berkawan.

Sebenarnya, Diva macam pernah nampak Shahrul yang didakwa ramai sebagai buah hati Nora itu.

Tambahan pula ada yang kata, sebelum ini Shahrul yang lebih muda beberapa tahun daripada Nora itu pernah bercinta dengan seorang pelakon Indonesia.

Kalau tak salah juga, Wangi daripada kumpulan Fabulous Cat pun bercinta dengannya suatu ketika dahulu.

Ada satu lagi cerita lain yang disampaikan ke telinga Diva oleh seorang teman.

“Kau tau tak, mamat tu suka sangat tayang gambar berkepit dengan Nora dalam Facebook, aku tak tahulah apa motif dia.

“Lepas tu, tahulah anak orang kaya, tapi takkan satu badan bersalut Hermes,” kata Cik Kid Mulut Muncung sambil memuat turun gambar-gambar mesra Nora dan Shahrul ke telefon Diva.

Banyak versi pula cerita tentang teman tapi mesra Nora ni kan. Tak apalah, tak salah berkawan dengan siapa yang kita suka, asalkan tahu berpada-pada. Mencari bahagia tak pernah jadi satu kesalahan.

Diva: Kirimkan sekalung doa buat keluarga penulis lirik terkenal, Ad Samad dan isterinya, Dang Suria agar tabah dengan ujian yang menimpa cahaya mata mereka yang lahir dua bulan awal pada pagi 19 Ogos lalu dan sedang dalam keadaan kritikal.

// kosmo //

Comments

Lady Gaga Takut Kesan Telefon Bimbit

PENYANYI yang sering berimej pelik, Lady Gaga (gambar) bertekad ingin mengurangkan kekerapannya menggunakan telefon bimbit, setelah menyedari kesan dan bahaya alat telekomunikasi itu.

Penyanyi lagu Telephone ini mengaku sangat takut dengan radiasi yang dipancarkan dari telefon bimbit.

Dia yang baru mengetahui tentang perkara itu, sering meminta seseorang untuk menjauhkan telefon bimbit dari kepalanya ketika sedang berbual di telefon.

“Dia baru sahaja mengetahu tentang penggunaan yang kerap akan meningkatkan risiko penyakit kanser otak. Biarpun belum terbukti, dia benar-benar mempercayainya,” kata seorang sumber.

Tambahnya, Lady Gaga tidak akan menggunakan telefon terlalu dekat dengan kepalanya dan lebih senang menggunakan alat pendengar.

Manakala, menurut salah seorang pekerja pengurusan Lady Gaga, permintaan itu merupakan salah satu daripada beberapa tuntutan aneh yang pernah dimintanya.

“Semua orang di sekelilingnya cuba untuk bertoleransi dengan perilakunya yang aneh dan menjengkelkan itu,” kata sumber tersebut.

/// mstaronline ///

Comments

Mayat Michael Jackson Mungkin Digali Semula

- Foto REUTERS

MAYAT Raja Pop Michael Jackson (gambar) mungkin perlu digali semula dan dijalankan bedah siasat dalam usaha untuk membuktikan bahawa doktornya itu tidak bersalah.

Barisan peguam Dr Conrad Murray merancang untuk mencabar hasil bedah siasat penyanyi tersebut.

Laporan tersebut mendapati doktor terbabit didakwa membunuh Michael dengan dos ubat penenang jenis propofol yang berlebihan.

Peguam-peguam Dr Conrad ingin membuktikan bahawa penyanyi itu mungkin mati ekoran penggunaan ubat-ubatan lain.

Ini bermakna mereka berkemungkinan menuntut tubuh Michael digali untuk bedah siasat baru sebelum menjelangnya perbicaraan Murray tahun depan untuk membuktikan teori mereka.

/// mstaronline ///

Comments

Aroma rempah bangkit selera

Zulkarnain Mustapa di hadapan restoran JM Beriani di Tesco Ampang, Kuala Lumpur.



HARUMAN rempah ratus yang digunakan pasti akan memikat selera sesiapa sahaja yang singgah untuk menikmati hidangan istimewa nasi beriani di JM Beriani House.

Menawarkan sajian nasi beriani cita rasa Muar, Johor, keenakannya begitu mempesona. Ia boleh dinikmati bersama pilihan daging, ayam atau kambing beriani.

Selain itu, beberapa jenis lauk seperti ayam masak merah dan ayam goreng berempah melengkapkan hidangan.

Lebih menyelerakan lagi apabila ia dijamah ketika masih panas.

Menurut Pengarah Urusannya, Zulkarnain Mustapa, nasi beriani di restorannya dihasilkan daripada rempah beriani yang diadun sendiri.

“Nasi beriani kami memiliki cita rasa asli nasi beriani Muar. Ia lebih ringan kerana tidak banyak menggunakan ramuan serta rempah, kurang berminyak dan kurang pedas.

“Resipi beriani ini memang istimewa kerana ia warisan daripada ibu dan bapa saya yang mengusahakan perniagaan ini sejak tahun 1983 lagi. Nasi yang dihidangkan kepada pelanggan sebenarnya dimasak secara kukus.

“Asalnya kami hanya mengusahakan perniagaan secara katering sebelum mengambil keputusan membuka restoran pada tahun 1994 berikutan permintaan yang menggalakkan,” katanya sambil memberitahu restoran pertama yang dibuka adalah di Seksyen 18, Subang Jaya, Selangor.

Tambahnya lagi, penggunaan huruf JM adalah hasil gabungan nama ibu bapanya, Mustapa Abdul Karim dan Jamilah Abu Bakar.

Kini setelah 16 tahun perniagaan tersebut bertapak, JM Beriani House Sdn. Bhd. telah mempunyai 17 cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk di Tesco Ampang yang boleh memuatkan 80 hingga 100 orang pada satu-satu masa.

Amat mementingkan kualiti dalam sajian harian, ujar Zulkarnain lagi, pihaknya menggunakan beras basmathi daripada jenis yang berkualiti.

Selain itu, dalam usaha mengekalkan kualiti serta rasa yang sama bagi setiap cawangannya, kesemua hidangan akan dimasak di dapur utama iaitu di ibu pejabatnya yang terletak di Subang Jaya.

“Selain nasi beriani, satu lagi menu istimewa restoran kami ialah nasi beriani gam. Ditawarkan dengan pilihan ayam atau kambing, ia hanya dijual seminggu sekali pada setiap hari Rabu dan Sabtu,” katanya.

Dalam pada itu menikmati hidangan nasi beriani seakan tidak sempurna tanpa minuman sirap Bandung.

JM Beriani House menggunakan resipi asal sirap bandung Johor dengan campuran aiskrim soda, sirap dan susu cair serta ais yang menerbitkan rasa lemak-lemak manis.

Pengunjung juga boleh memilih untuk menjamu selera dengan pelbagai masakan Johor seperti mi bandung, rojak petis dan tauhu bakar.

Kata Zulkarnain lagi, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan katering lengkap mengikuti selera tuan rumah.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh lawati laman sesawang www.jmbariani.com atau hubungi talian 03-56213301.

//mstaronline //

Comments

Liz Hurley Tidak Sarapan Pagi

Liz Hurley (kiri) dan suaminya, Arun Nayar (kanan) meninggalkan pameran fesyen Valentino’s Fall-Winter 2010-2011 di Paris, pada 7 Julai 2010. - Foto AP

AKTRES Hollywood, Elizabeth Hurley mendedahkan, dia tidak bersarapan pagi kerana mahu melangsingkan badannya.

“Saya bersumpah saya tidak makan apa-apa untuk sarapan pagi. Saya hanya minum air panas,” katanya kepada media.

Selebriti berusia 45 tahun itu menafikan khabar angin bahawa dia menjalani pembedahan untuk membesarkan buah dadanya.

Katanya, aset yang dimilikinya itu adalah semula jadi.

/// mstaronline ///

Comments

Idola Remaja Korea Dikritik Kerana Gerak Tari Pinggul

Kumpulan 4minute

PENAMPILAN seorang ahli kumpulan idola 4minute, Hyun A dalam program televisyen Quiz To Change The World mengundang kritikan penonton di laman web stesen televisyen tersebut.

Ini kerana gerak tari pinggulnya dikatakan terlalu provokatif untuk artis semuda 19 tahun itu.

Dalam video tersebut, lensa memberi fokus kepada paha Hyun A ketika dia menggoyangkan punggungnya manakala beberapa tetamu lelaki bersorak gembira.

Tari pinggul Hyun A dalam program televisyen Quiz to Change the World mengundang kritikan penonton di laman web stesen televisyen tersebut. - Joongang Daily

“Memang benar sesetengah orang melihat tarian agak provokatif dan tidak sesuai, namun apa yang dia cuba tonjolkan adalah maksud lirik lagu itu,” kata pengurus kumpulan tersebut.

“Syarikat kami tidak melihat gerak tarinya sebagai seksi,” ujarnya.

Rasanya inilah Tarian yang dimaksudkan….. ;-p

/// mstaronline ///

Comments

Linda Hashim Tolak Cinta Suami Orang

DRAMATIS Linda Hashim (gambar),26, mengakui ramai lelaki berusia dan sudah berumah tangga cuba mendekatinya berbanding lelaki bujang.

Namun begitu dia lebih senang hidup bersendiri daripada menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.

Menurutnya melalui pengalaman rakan-rakan yang menghadapi masalah rumah tangga atau mempunyai orang ketiga menyebabkan dia begitu berhati-hati memilih pasangan hidup.

“Saya tak tahulah kenapa ramai yang datang ingin berkawan dengan saya ialah di kalangan lelaki yang sudah beristeri? Saya sebenarnya lebih rela tidak mempunyai sesiapa dari merosakkan rumah tangga orang lain.

“Ramai yang salah anggap cara saya melayan ornag dengan lembut tetapi ia kerana saya menghormati mereka.

“Banyak masalah yang akan timbul melalui pengalaman rakan-rakan yang sudah berkahwin tetapi pasangan mereka mempunyai hubungan dengan orang lain,” katanya.

Jelas Linda, pengalaman dia menyelamatkan rumah tangga rakannya yang bergolak mengajarnya memahami perasaan seorang wanita.

“Saya pernah tolong rakan saya yang betul-betul ingin bercerai ketika itu kerana kehadiran orang ketiga. Memang susah nak pulihkan hubungan tersebut tapi Alhamdulilah semuanya sudah selamat. Dalam pada itu, gadis berasal dari Gopeng, Ipoh ini berazam akan menamatkan zaman bujangnya pada usia 30 tahun.

“Sekarang saya tiada teman istimewa dan lebih selesa berkawan sahaja. Mungkin belum jumpa dengan orang yang benar-benar sesuai dengan saya.

“Saya mahu seorang lelaki yang bertanggungjawab, penyayang dan beriman. Paling penting dia seorang bujang dan bukan suami orang,” jelasnya yang ditemui pada majlis berbuka puasa drama bersiri Tudung Ekspres.

/// mstaronline ///

Comments

Rozita Che Wan Tempah 30 Pasang Baju Raya

Rozita akan muncul di pawagam menerusi filem 4 Madu dan beberapa telefilem dan program Raya di RTM, TV3, Astro Ria dan Astro Warna pada Hari Raya tahun ini. - Foto oleh AZMAN GHANI

MEMANDANGKAN wajahnya akan menghiasai kebanyakan stesen televisyen pada Hari Raya Aidilfitri nanti, aktres jelita Rozita Che Wan, 37, mahu berada di hadapan televisyen di rumah sahaja sebagai memenuhi aktiviti Hari Rayanya.

Dalam nada bergurau, dia yang akan pulang beraya di kampung halaman di Alor Setar, Kedah pada Hari Raya pertama nanti, berkata raya tahun ini lebih meriah sebab wajahnya lebih kerap muncul di televisyen termasuk sebuah filem lakonannya yang menjengah pawagam pada Hari Raya pertama berjudul 4 Madu.

Berbanding tahun lalu, penonton dapat menyaksikan pelakon popular menerusi drama bersiri Kiah Pekasam itu di Astro Warna dan Astro Ria pada Hari Raya nanti. Selain itu, dia turut muncul di saluran RTM dan TV3.

Antara telefilem dan program Hari Raya yang dibintangi oleh Rozita adalah Sorok Madu pada malam Hari Raya di TV3, Aduhai Makmur (Hari Raya Pertama, 9 malam, TV3), Tu Dia Kiah Nak Raya (Hari Raya Kedua, 9 malam, Astro Warna), Lawaknya Fantasia Raya, Hari Raya Ketiga, 9 malam, Astro Ria), Goyang Shafiq (Rabu & Khamis, TV3) dan Masihkah Ada Sinar (RTM).

Rozita menggayakan salah satu pakaian Rayanya rekaan Qudyn.

“Pada tahun lalu, saya tak terlibat dengan Astro tetapi tahun ini ada. Yang menariknya, kebanyakan watak yang saya lakonkan di televisyen pada tahun ini merupakan watak komedi tetapi ada juga saya berlakon dalam cerita sedih iaitu Masihkah Ada Sinar,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, yang menarik tentang Rozita untuk sambutan Syawal pada tahun ini apabila dia telah menyediakan 30 pasang baju Hari Raya yang bertemakan warna lembut.

Empat pereka fesyen yang menghasilkan bajunya ialah Rizman Ruzaini, Man Kajang, Calvin Thoo dan Qudyn.

Bukan hanya menggayakan pakaian tersebut untuk Hari Raya nanti, Rozita terlebih awal menggunakan beberapa pasang pakaian berkenaan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan sesi fotografi.

/// mstaronline ///

Comments
Rss Feeds